Followers

Saturday 11 June 2011

PENDAHULUAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan rahmat-Nya Persekutuan Pengakap Malaysia Pasukan Pengakap Kelana Udara E Kuala Terengganu telah berjaya dihidupkan kembali. Pasukan ini mula ditubuhkan pada 27 Mac 1987 mengikut Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968, No. 143 Tahun 1974 (Pindaan), No. 409 Tahun 1989 (Kajisemak) dan Perlembagaan PPM [POR] No. 272 dengan No Pendaftaran M-7883 dan Didaftarkan Sebagai PASUKAN PENGAKAP KELANA (E) DAERAH KUALA TERENGGANU. Memandangkan Pasukan Kelana ini lokasinya berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud K.Trg,maka pada mesyuarat J/kuasa Esekutif Pengakap Kelana E telah bersetuju untuk menjenamakan semula pasukan Kelana ini menjadi Pasukan Pengakap Kelana Udara E Unit Udara bermula Mac 2007.

PENGENALAN PASUKAN 

PASUKAN PENGAKAP KELANA UDARA (E) DAERAH KUALA TERENGGANU atau AIR ROVER SCOUT CREW lahir setelah timbulnya kesedaran betapa perlunya diujudkan satu lagi cabang dalam perkhidmatan pengakap kelana di negeri Terengganu, Pada awalnya pasukan ini dipimpin oleh Allahyarham En Khalid b.Salleh kemudian diambil alih oleh Allahyarham En Anuar bin Nassim kemudian En Idrus bin Ali (Mantan MA RAMD)dan kini pasukan ini diterajui oleh En Hamidi bin Salleh.Penubuhan pasukan ini telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu Tn Haji Othman b Ismail, Penaung Pasukan ini ilah YB ADUN Kawasan Seberang Takir dan diperkuatkan dengan 4 orang Penasihat iaitu En Mohd Azmi b Abd Aziz (Pengerusi Homestay & KRT Teluk Ketapang) Tn Hj Khairuddin b Dato Zakaria (Pengarah OUM Terengganu/Mantan Pengarah Inst Perguruan Kuala Terengganu)YM Tg Ahmad Sabirin b Tg Awaluddin (Bendahari Kehormat PPM Negeri Terengganu/Kelab Penerbangan Terengganu) dan Kapt (B) Shahrul dari Asia Pasifik Flight & Training KT. Pasukan ini diharap dapat  membimbing anak-anak muda di negeri ini menjadi waganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair supaya dapat dimanfaatkan masa mereka bergiat dalam aktiviti pendidikan luar yang berfaedah serta menjadi pemangkin minat untuk menjadi seorang Juruterbang pesawat kelak.

Tujuan utama ditubuhkan pasukan ini ialah untuk memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisiplin di kalangan para belia di negeri ini. Telah termaklum bahawa dewasa ini terdapat berbagai kepincangan dan keruntuhan moral belia-belia yang bakal mewarisi generasi yang akan datang. Atas kesedaran inilah, maka pada tanggal 10 Febuari 2007, lahirlah Pasukan Pengakap Kelana UDARA (E)  Kuala Terengganu yang diasaskan dan diterajui oleh En Hamidi bin Salleh (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tugas Khas) Dari perjumpaan pertama dan seterusnya, maka dewasa ini Pasukan Pengakap Kelana UDARA ini telah berkembang dan berjalan dengan jayanya. Yang menjadi harapan pasukan ini ialah untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja alam luas kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial, melahirkan lebih ramai juruterbang pelatih yang berkelayakan dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.
Dasar utama pasukan ini ialah mengujudkan dan memupuk perasaan muhibbah, hormat menghormati, persefahaman, tolong menolong, menjalankan aktiviti alam luas kemasyarakatan dan mengembangkan semangat berpengakap kepada ahli-ahli. Menggalakan, mempergiatkan, memudah kan dan mengusahakan kegiatan penerbangan, latihan, keagamaan, kesukanan, perkhemahan dan kepimpinan di kalangan ahli-ahli.
Kini, ahli pasukan yang telah berdaftar adalah seramai 63 orang terdiri daripada Kakitangan Kerajaan,swasta,pelajar IPTA/S,Pekerja am dan lain-lain. Sayugia dimaklumkan bahawa pasukan ini adalah merupakan Pasukan Pengakap Kelana Udara (AIR ROVER) yang pertama ditubuhkan di negeri Pantai Timur. Pasukan ini akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pasukan-pasukan lain dalam menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Negeri Terengganu bakal menjadi Tuan Rumah kepada Jambori Pengakap Malaysia ke 12 dan Internasional Terengganu pada 19-23 November 2011, Pasukan ini juga tidak terlepas diberi tanggungjawab membantu PPM  dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk menjayakan Jambori yang terbesar ini. Diharapkan golongan muda yang berusia 17 ke atas yang berminat menyertai pasukan ini bolehlah menghubungi wakil ahli pasukan ini pada bila-bila masa.

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap


UNDANG-UNDANG PENGAKAP

•Dipercayai
•Taat
•Berguna
•Bersaudara
•Berbudi
•Kasihkan binatang
•Menurut perintah
•Tabah hati
•Berjimat
•Suci fikiran,suci perkataan,suci perbuatan

FALSAFAH PENGAKAP
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha dan amalan sedemikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

DEFINASI PENGAKAP
Pergerakan pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang diasaskan oleh Baden Powell.


MATLAMAT PENGAKAP
Matlamat pergerakan pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya

  

MATLAMAT
Memantapkan lagi pergerakan Pasukan Pengakap Kelana E (Udara) Negeri Terengganu supaya menjadi sebuah pergerakan yang mampu menyumbangkan pendidikan dan perkhidmatan secara tidak formal melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan dan menyeluruh ke arah pembangunan masyarakat, diri sendiri dan generasi muda Malaysia, selaras dengan matlamat dan prinsip berpengakap.


OBJEKTIF

Mengimplementasikan ‘World Programme Policy’ (Polisi Program Pengakap Dunia) ke arah mencapai misi Berpengakap.

8.1.Membangunkan program Muda-Remaja dan belia yang mencabar, relevan dengan keperluan perubahan dan aspirasi golongan muda, dan memberikan ganjaran sewajarnya bagi pencapaian mereka.

8.2.Untuk memperkuatkan cara perlaksanaan bagi Program belia di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Untuk melibatkan golongan muda di dalam proses kepimpinan & pembuatan keputusan di setiap peringkat.

8.3.Untuk mempromosikan persefahaman kebudayaan melalui pelbagai aktiviti dan acara inovatif, yang memberikan nilai positif terhadap pembelajaran Belia & Muda-Remaja.

8.4. Untuk membantu organisasi di dalam membangunkan garis panduan bagi memastikan kos perlaksanaan aktiviti adalah di tahap yang berpatutan yang akan membolehkan pelbagai penyertaan dari semua golongan Muda-Remaja.

8.5.Untuk menggalakkan organisasi untuk menubuhkan dan membangunkan pusat aktiviti luar yang memberikan nilai nilai tambah terhadap intelektual, fizikal, sosial, emosi dan jasmani yang diperlukan oleh golongan Muda-Remaja.[1]

[1] Priority 1: Youth Programme ; Vision 2013 – World Organization of The Scout Movement, Asia Pasific Region



Pakaian Seragam


Pakaian seragam pengakap terdiri dari baju berwarna Biru Laut dengan saku berbutang di kiri dan kanan dada, skaff pengakap, forrage cap,  seluar panjang biru. Terdapat lencana bendera Malaysia di sebelah kanan saku dan lencana pengakap (tenderfoot) disebelah kiri. Skaf pengakap berwarna biru dan terdapat jalur merah dan putih.





Pakaian Istiadat (No. 1)
Baju
baju tunik warna Biru Laut (seperti pakaian Istiadat Pegawai Tentera)
Seluar
Seluar panjang wama Biru Tua, ukuran kaki 16"-18"
Songkok

Songkok melayu warna biru tua dengan lilitan pita emas seperti berikut:
Kebangsaan : 1 inci
Negeri : 1/2 inci
Daerah : 1/4 inci
Sekaf
Skaf rasmi Kebangsaan berbentuk tiga segi. Warna biru tua dan terdapat jatur berwarna putih dan merah bahagian tepinya.
Tanda Pangkat (Epulet)
Memakai Tanda Pangkat diatas bahu mengikut jawatan yang ditauliahkan di dua belah bahu.
Merah bagi Pengakap Kelana
Lencana
Memakai Lencana Keahlian pada saku baju sebelah kiri dan Lencana Malaysia di saku sebelah kanan
Pingat
Pingat-pingat yang diperolehi hendaklah dipakai di atas saku sebelah kiri
Pakaian Khas (No. 2)
Baju
Baju Bush Jaket ala Kot warna Biru Laut.
Seluar
Seluar panjang wama Biru Tua, ukuran kaki 16"-18"
Songkok
Songkok melayu warna biru tua dengan lilitan pita emas
Sekaf
Skaf rasmi Kebangsaan berbentuk tiga segi. Warna biru tua dan terdapat jatur berwarna putih dan merah bahagian tepinya.
Tanda Pangkat (Epulet)
Mamatuhi tanda pangkat di atas bahu seperti pakaian istiadat
Nama Pangkat
Memakai tanda nama pangkat dikedua-dua belah lengan baju mengikut jawatan yang ditauliahkan.
Nama Negeri

Memakai tanda nama negeri yang berkenaan di kedua-dua belah lengan baju diatas nama pangkat
Pegawai peringkat Negara tidak perlu memakai.
Lencana
Memakai Lencana Keahlian pada saku baju sebelah kiri dan Lencana Malaysia di saku sebelah kanan


LAGU  PENGAKAP UDARA
Pengakap Udara
A..Yahe yo Pengakap Udara
Gelaran kami, Unit Udara
A..yahe yo Beret Biru
Kebanggaan kami, sayap di dada
Sebagai bukti.
`Lead the way` pengakap udara , cogankata kami,
Negeri Terengganu , kami setia,
Malaysia kau di hati semua.
A..yahe yo Pengakap Udara,
Gelaran kami, Unit Udara,
A..yahe yo Beret Biru,
Kami rela, berkhemah, bermalam-malam lamanya,
Saudara pengakap di utama,
Kita kawan selamanya.
A..Yahe yo Pengakap Udara
Gelaran kami, Unit Udara
A..yahe yo Beret Biru
Kebanggaan kami, sayap di dada
Sebagai bukti.

Pengakap!
                                                              Udara! Udara! Udara!















PROGRAM  LATIHAN  PENGAKAP UDARA

PENUBUHAN
Unit Pengakap Udara boleh di wujudkan di dalam sesuatu kumpulan  Pengakap
yang berdaftar yang mempunyai kemudahan dan pemimpin yang mahukan
aktiviti –aktiviti yang berkaitan  dengan penerbangan atau aviasi.

FUNDAMENTAL PENGAKAP 
Tujuan berpengakap adalah untuk melahirkan  dan membangunkan  anak muda
untuk mencapai  tahap fizikal , intelektual , social dan spiritual  yang tinggi serta
menjadi  warganegara yang bertangungjawab  pada tanahair dan comuniti dunia.

MATLAMAT DAN GARISAN PANDUAN LATIHAN PENGAKAP UDARA
Matlamat  adalah untuk mengimbangi aktiviti  seperti Pengakap yang biasa ,
cuma  di tekankan dengan pengetahuan  aeronautic dan aviasi. Yang penting
adalah untuk memberi pendedahan  m engikut tahap  Pengakap tersebut untuk
manafatkan ilmu pengetahuan yang telah di pelajari.

PROGRAM LATIHAN BAGI  PENGAKAP MUDA / REMAJA UDARA
Program Latihan  bagi Pengakap Muda / Remaja terbahagi kepada  dua (2)
lencana yang akan di am bil bersama-sama dengan Lencana Usaha, Lencana
Maju dan Lencana Jaya.
Dua Lencana  yang berikut adalah:

a.  Lencana  Ahliudara Kelas ll ( Airman Class Two)
b.  Lencana  Ahliudara Kelas l  ( Airm an Class One)

KONSEP  PEMBELAJARAN  UNTUK PENGAKAP MUDA DAN REMAJA

GET TO KNOW

LENCANA AHLI UDARA KELAS ll (DUA)

Sebelum mengikuti program lencana Ahliudara Kelas ll( Dua) seorang pengakap
harus lulus Lencana Usaha terdahulu.
Pengetahuan Asas mengenai perkara – perkara tersebut :

a.  Airlaw
b.  Principle of Flight
c.  Radio Telephony


LENCANA AHLI UDARA KELAS  l( SATU )

Sebelum mengikuti program Lencana Ahliudara Kelas l ( satu) seorang
pengakap harus lulus Lencana Maju terdahulu.
Pengetahuan Asas mengenai perkara – perkara tersebut :

a.  Aircraft Technical
b.  Meteorology
c.  Navigation
d.  Human Performance Limitation




LAIN –LAIN LENCANA SAMPINGAN UNTUK PENGAKAP MUDA /REMAJA

LENCANA SAYAP PARAJUMP
Telah mengikuti Kursus Pengenalan Asas  Parajump dari Jurulatih yang
bertauliah






LENCANA  RC AEROMODEL

Telah mengikuti Kursus Pengenalan Rc Aeromodel dan mempunyai pesawat aeromodel.


LENCANA SAYAP PARAMOTOR

Telah mengikuti Kursus Pengenalan Asas  Paramotor dari Jurulatih yang bertauliah.



   
LENCANA FLIGHT SIMULATOR
Telah mengikuti Kursus Pengenalan Asas  Flight Simulator Microsoft 2000
.



SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA DAN KELANASISWA UDARA

SHOULD  KNOW

LENCANA AHLI UDARA KELAS ll (DUA)

Pengetahuan Asas mengenai perkara – perkara tersebut :

a.  Airlaw
b.  Principle of Flight
c.  Radio Telephony
d.  Airport Operations
e.  Ground Operations




LENCANA AHLI UDARA KELAS  l( SATU )
Pengetahuan Asas mengenai perkara – perkara tersebut :
a.  Aircraft Technical
b.  Meteorology
c.  Navigation
d.  Human Performance Limitation
e.  Flight Operations
f.  Air traffic Management



LENCANA SAYAP PARAJUMP
Telah mengikuti Kursus Pengenalan Asas  Parajump dari Jurulatih yang bertauliah.



LENCANA  RC AEROMODEL

Telah mengikuti Kursus Pengenalan Rc Aeromodel dan mempunyai pesawat
aeromodel.

                      CARA PEMAKAIAN ADALAH DI LENGAN TANGAN



LENCANA FLIGHT SIMULATOR
Telah mengikuti Kursus Pengenalan Asas  Flight Simulator Microsoft 2000.


                           CARA PEMAKAIAN ADALAH DI LENGAN TANGAN


LENCANA SAYAP PARAMOTOR

Telah mengikuti Kursus Pengenalan Asas  Paramotor dari Jurulatih yang
bertauliah.




SKIM LATIHAN UNTUK PEMIMPIN
KONSEP  PEMBELAJARAN  UNTUK PEMIMPIN

MUST  KNOW
Pengetahuan Asas mengenai perkara – perkara tersebut :

a.  Airlaw
b.  Principle of Flight
c.  Radio Telephony
d.  Airport Operations
e.  Ground Operations
f.  Aircraft Technical
g.  Meteorology
h.  Navigation
i.  Human Performance Limitation
j.  Flight Operations
k.  Air traffic Management





SAYAP  PENGAKAP UDARA
Seorang  Pengakap harus tamat atau  mempunyai Lesen Penerbangan PPL/CPL/ATPL atau ditauliahkan  sebagai sayap kehormat



SAYAP FLIGHT EXPERINCE
Telah menyertai mana –mana joyride  dan mempunyai bukti


PEMAKAIAN SAYAP ADALAH DI SEBEALAH KIRI ATAS POKET KECUALI
UNTUK SAYAP PARAJUMP DAN SAYAP PARAMOTOR DISEBELAH
KANAN ATAS POKET


































No comments:

Post a Comment